# source excerpt from https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf

IRI: <https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f>

Within: [AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a134eb-228b-75f5-8ea0-89b6ba18d2b8)

Type: [oa:SpecificResource](http://www.w3.org/ns/oa#SpecificResource)

- `adms:identifier`: [retained-legal-source-passage aa28bacfea2b9bfd9288ee8a41171d1401aea9bee8e563ece96785d00e8846ab](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f04-7517-b414-68e0ed0c81ff)
- `oa:bodyValue`: {"legal\_state":"unknown","passage":{"end\_byte":83692,"instrument\_iri":"https://ontology.bommaritollc.com/id/01a134eb-228b-75f5-8ea0-89b6ba18d2b8","original\_sha256":"435547a3a9d9a1e9e264f46cc2a44bf8afa8bf94c234224d8e7710cf74b589c4","parsed\_text\_sha256":"e2780e98589be15f037474486c1705e6fbf425f76c9843b03260b60f14dce700","source\_url":"https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf","start\_byte":71708},"policy":"retained-legal-source-passage-v1","quote":"dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).\\n\\nBAHAGIAN IV - PELANTIKAN, FUNGSI DAN KUASA PESURUHJAYA\\n\\nSeksyen 47. Pelantikan Pesuruhjaya\\n\\n(1) Menteri hendaklah melantik mana-mana orang sebagai “Pesuruhjaya Perlindungan Data\\n\\nPeribadi” bagi maksud menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya di\\n\\nbawah Akta ini atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.\\n\\n(2) Pelantikan Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.\\n\\n(3) Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) ialah suatu pertubuhan perbadanan\\n\\nyang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.\\n\\n(4) Pesuruhjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama\\n\\nperbadanannya.\\n\\nSeksyen 48. Fungsi Pesuruhjaya\\n\\nPesuruhjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:\\n\\n(a) menasihati Menteri mengenai dasar kebangsaan bagi perlindungan data peribadi\\n\\ndan segala perkara lain yang berkaitan;\\n\\n(b) melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi,\\n\\ntermasuklah perumusan dasar dan tatacara operasi;\\n\\n(c) memajukan dan menggalakkan persatuan atau badan yang mewakili pengguna\\n\\ndata untuk menyediakan tataamalan dan menyebarkan tataamalan itu kepada\\n\\nanggotanya bagi maksud Akta ini;\\n\\n(d) bekerjasama dengan pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud\\n\\nmelaksanakan fungsinya;\\n\\n46\\n\\n(e) menentukan menurut seksyen 129 sama ada mana-mana tempat di luar Malaysia\\n\\nmempunyai suatu sistem bagi perlindungan data peribadi yang sebahagian besarnya\\n\\nseumpama dengan yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang dapat digunakan\\n\\nbagi maksud yang serupa seperti Akta ini;\\n\\n(f) menjalankan atau menyebabkan dijalankan penyelidikan terhadap dan mengawasi\\n\\npembangunan dalam pemprosesan data peribadi, termasuk teknologi, untuk\\n\\nmengambil kira kemungkinan apa-apa kesan pembangunan itu terhadap privasi\\n\\nindividu berhubung dengan data peribadinya;\\n\\n(g) memantau dan menyelia pematuhan peruntukan Akta ini, termasuk pengeluaran\\n\\npekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana\\n\\norang;\\n\\n(h) menggalakkan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam\\n\\nmengenai kuat kuasa Akta ini;\\n\\n(i) berhubung dan bekerjasama dengan orang yang melaksanakan fungsi perlindungan\\n\\ndata peribadi yang seumpama di mana-mana tempat di luar Malaysia berkenaan\\n\\ndengan perkara yang berkepentingan bersama, termasuk perkara yang melibatkan\\n\\nprivasi individu berhubung dengan data peribadinya;\\n\\n(j) mewakili Malaysia melalui penyertaan dalam acara yang berhubungan dengan\\n\\nperlindungan data peribadi sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, sama ada di\\n\\ndalam atau di luar Malaysia; dan\\n\\n(k) menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu, memberi\\n\\nkebaikan dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras\\n\\ndengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.\\n\\nSeksyen 49. Kuasa Pesuruhjaya\\n\\n(1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang\\n\\nperlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.\\n\\n47\\n\\n(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pesuruhjaya hendaklah termasuk\\n\\nkuasa—a—\\n\\n(a) untuk mengutip apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri;\\n\\n(b) untuk melantik mana-mana ejen, pakar, perunding atau mana-mana orang lain\\n\\nyang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;\\n\\n(c) untuk merumuskan pembangunan sumber manusia dan program kerjasama bagi\\n\\npelaksanaan fungsinya dengan patut dan berkesan;\\n\\n(d) untuk membuat kontrak;\\n\\n(e) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis\\n\\nharta alih atau tak alih bagi pelaksanaan fungsinya, dan untuk memindahhakkan,\\n\\nmenyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan,\\n\\nmenggadaijanjikan, mendemiskan, memindahkan hakmilik atau selainnya\\n\\nmelupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai harta itu atau apa-apa\\n\\nkepentingan mengenainya yang terletak hak padanya;\\n\\n(f) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan oleh Menteri dari semasa\\n\\nke semasa; dan\\n\\n(g) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit\\n\\ndaripada pelaksanaan fungsinya.\\n\\nSeksyen 50. Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya\\n\\n(1) Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa, melantik apa-apa\\n\\nbilangan pegawai awam sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan orang sebagai\\n\\nPenolong Pesuruhjaya sebagaimana yang perlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam\\n\\nmelaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.\\n\\n(2) Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1)\\n\\nhendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, elaun atau\\n\\nfaedah, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana\\n\\nyang ditentukan oleh Pesuruhjaya, dengan kelulusan Menteri.\\n\\n48\\n\\n(3) Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1)\\n\\nhendaklah tertakluk kepada penyeliaan, arahan dan kawalan Pesuruhjaya.\\n\\nSeksyen 51. Pelantikan pegawai lain dan pekhidmat\\n\\nPesuruhjaya boleh mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar\\n\\nmana-mana pegawai dan pekhidmat yang perlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam\\n\\nmelaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.\\n\\nSeksyen 52. Pinjaman dan wang pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat\\n\\nPesuruhjaya boleh memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat di\\n\\nbawah seksyen 51 bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan\\n\\noleh Pesuruhjaya.\\n\\nSeksyen 53. Tempoh jawatan\\n\\nTertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya,\\n\\nPesuruhjaya hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau\\n\\nmengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan\\n\\nselama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula\\n\\n.\\n\\nSeksyen 54. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan\\n\\n(1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan Pesuruhjaya dan hendaklah\\n\\nmenyatakan sebab bagi pembatalan itu.\\n\\n(2) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu\\n\\nnotis bertulis yang ditujukan kepada Menteri empat belas hari sebelum tarikh peletakan\\n\\njawatan yang diniatkan itu.\\n\\n49\\n\\nSeksyen 55. Penjalanan sementara fungsi dan kuasa Pesuruhjaya\\n\\n(1) Menteri boleh melantik secara sementara seorang Timbalan Pesuruhjaya untuk\\n\\nmelaksanakan fungsi dan kuasa Pesuruhjaya selama tempoh apabila—\\n\\n(a) Pesuruhjaya atas sebab sakit, tidak hadir dengan kebenaran atau apa-apa sebab lain\\n\\ntidak boleh melaksanakan fungsinya bagi apa-apa tempoh yang lama; atau\\n\\n(b) jawatan Pesuruhjaya kosong.\\n\\n(2) Seorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, semasa tempoh dia\\n\\nmelaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, disifatkan\\n\\nsebagai Pesuruhjaya.\\n\\nSeksyen 56. Pengosongan jawatan\\n\\nJawatan Pesuruhjaya hendaklah menjadi kosong—\\n\\n(a) jika dia mati;\\n\\n(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu\\n\\npertuduhan berkenaan dengan—\\n\\n(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;\\n\\n(ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan\\n\\ndengan rasuah; atau\\n\\n(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama\\n\\nada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai\\n\\nganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;\\n\\n(c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai\\n\\nPesuruhjaya atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama\\n\\nbaik jawatan Pesuruhjaya;\\n\\n(d) jika dia menjadi bankrap;\\n\\n(e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan\\n\\nkewajipannya;\\n\\n50\\n\\n(f) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau\\n\\n(g) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.\\n\\nSeksyen 57. Saraan dan elaun\\n\\nPesuruhjaya hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri\\n\\nselepas berunding dengan Menteri Kewangan.\\n\\nSeksyen 58. Pewakilan fungsi dan kuasa Pesuruhjaya\\n\\n(1) Pesuruhjaya boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang\\n\\ndifikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya yang dikenakan\\n\\natau diberikan kepadanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada Timbalan\\n\\nPesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjaya, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan\\n\\nsedemikian boleh dilaksanakan dan dijalankan oleh pegawai itu atas nama dan bagi pihak\\n\\nPesuruhjaya.\\n\\n(2) Pewakilan di bawah subseksyen (1) tidak menghalang Pesuruhjaya sendiri daripada\\n\\nmelaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.\\n\\nSeksyen 59. Arahan oleh Menteri\\n\\n(1) Pesuruhjaya adalah bertanggungjawab kepada Menteri.\\n\\n(2) Menteri boleh memberi Pesuruhjaya arahan yang bersifat am yang selaras dengan\\n\\nperuntukan Akta ini berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pesuruhjaya dan\\n\\nPesuruhjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.\\n\\nSeksyen 60. Penyata, laporan, akaun dan maklumat\\n\\n(1) Pesuruhjaya hendaklah memberi Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam\\n\\nsebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan\\n\\ndengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.\\n\\n51\\n\\n(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah, dengan secepat\\n\\nyang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan\\n\\ndisediakan dan dihantar kepada Menteri dan jika diarahkan sedemikian oleh Menteri kepada\\n\\nmana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti\\n\\nPesuruhjaya semasa tahun kewangan yang sebelum itu, dan laporan itu hendaklah mengikut\\n\\napa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan\\n\\nprosiding dan dasar Pesuruhjaya sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.\\n\\nBAHAGIAN V - KUMPULAN WANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI\\n\\nSeksyen 61. Penubuhan Kumpulan Wang\\n\\n(1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang\\n\\nPerlindungan Data Peribadi” ditubuhkan.\\n\\n(2) Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.\\n\\n(3) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—a—\\n\\n(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari\\n\\nsemasa ke semasa;\\n\\n(b) fi, kos dan apa-apa caj lain yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada\\n\\nPesuruhjaya di bawah Akta ini;\\n\\n(c) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan,\\n\\npenyewaan atau apa-apa urus niaga lain mengenai harta alih atau tak alih yang\\n\\nterletak hak atau diperoleh oleh Pesuruhjaya;\\n\\n(d) semua wang yang dibayar kepada Pesuruhjaya dari semasa ke semasa bagi\\n\\npinjaman yang diberikan oleh Pesuruhjaya; dan\\n\\n(e) semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena\\n\\ndibayar kepada atau terletak hak pada Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara\\n\\nyang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.\\n\\n52\\n\\nSeksyen 62. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang\\n\\nKumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud yang berikut:\\n\\n(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Pesuruhjaya;\\n\\n(b) membayar apa-apa belanja yang dilakukan bagi menganjurkan kempen,\\n\\npenyelidikan, kajian dan penyiaran bahan bagi perlindungan data peribadi;\\n\\n(c) membayar saraan, elaun, faedah dan belanja lain bagi Pesuruhjaya, Timbalan\\n\\nPesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, anggota Jawatankuasa Penasihat, anggota,\\n\\npegawai dan pekhidmat Tribunal Rayuan dan pegawai dan pekhidmat Pesuruhjaya,\\n\\ntermasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah\\n\\npersaraan dan ganjaran;\\n\\n(d) membayar apa-apa belanja, perbelanjaan, fi dan kos lain, termasuk fi bagi\\n\\npenggunaan khidmat perunding, dan fi dan kos guaman, yang dilakukan atau diterima\\n\\n","statutory\_number":null,"whole\_instrument\_recall":"not\_established"} (rdf:JSON)
- `oa:hasSource`: [https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf](https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA_AKTA_PERLINDUNGAN_DATA_PERIBADI_2010_709_MALAY_AND-ENG_V2022.pdf)
- `prov:wasDerivedFrom`: [evidence from https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454677eee5f9)
- `schema:isPartOf`: [AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a134eb-228b-75f5-8ea0-89b6ba18d2b8)

## Elsewhere

- [Source](https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA_AKTA_PERLINDUNGAN_DATA_PERIBADI_2010_709_MALAY_AND-ENG_V2022.pdf) (www.pdp.gov.my)

## Pointing here

- Errata in its text (1; `oa:hasTarget`):
  - [evidence from https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f1e-75ee-be8b-9e2454ea7810)

---
Also as: [Turtle](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f.ttl), [JSON-LD](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f.jsonld), [N-Triples](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f.nt), [HTML](https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f)
Cite as: source excerpt from https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/wp-content/uploads/2024/07/UNDANG-UNDANG-MALAYSIA\_AKTA\_PERLINDUNGAN\_DATA\_PERIBADI\_2010\_709\_MALAY\_AND-ENG\_V2022.pdf. bc-ontology, release 0.1.0-rc38, 2026-10-21. https://ontology.bommaritollc.com/id/01a13671-2f01-752a-bf8a-454729b43d8f
Release 0.1.0-rc38, graph hash 05350a11cf9d0c42fba51e92b877115781ab65cb92afcd6b172ff9f8f4abf0bd.
